Tuesday, May 27, 2014

Masih Ada Masa Wahai SayangKU!!

" Arghhhh tak ada maknanya aku akan kena penyakit ni!"
Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat malah tidak kurang juga yang menganggap mereka tidak akan berdepan dengan masalah kesihatan. Namun hakikatnya ada yang tidak boleh menerima kenyataan apabila disahkan mengalami penyakit yang serius dan berisiko.

AWAS!! jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini :-


  • Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.


  • Darah keluar bersama-sama air kencing.


  • Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.


  • Sakit belakang.


  • Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.


  • Bengkak pada pergelangan kaki.


  • Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

kredit to mr google!!


Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Oleh itu jom sama-sama kita cegah daripada terjebak kepada penyakit senyap ini


-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.


( sumber www.utm.my )

No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016