Monday, May 26, 2014

Kenapa Sakit Tumit / Tapak Kaki???


Doktor : "Ya sila duduk. Apa yang boleh saya bantu?"

Disyamika : "Doktor sejak dua menjak ni bangun ja tidur tumit kaki kiri saya sakit. Kenapa bole jadi macam tu doktor??"

Doktor : "Oh ( sambil tersenyum ) awak dah terlebih muatan."

Disyamika : ( Didalam hati ) Oh no!!! aku gemuk....

So jom kita study sikit 

" Apakah itu Sakit Tumit"??



terima kasih encik google!!


Antara punca sakit tapak kaki adalah :

1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki

2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki

3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut

4. Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ' Plantar Fasciitis' Plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu ) di bahagian tapak kaki


Kenapa Sakit tumit / Tapak kaki lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?

Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.


Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Antara jalan penyelesaian untuk masalah ini :-

1. Menggunakan pelapik kasut yang sesuai bagi mengelakkan tekanan pada tapak kaki sekaligus mengakibatkan sakit tumit atau sakit tapak kaki

2. Merehatkan diri dan melakukan aktiviti yang memberi tekanan pada tapak kaki yang menyebabkan sakit tumit contoh : berjalan terlalu lama.

3. Tidur dengan menggunakan sokongan kaki ; ia boleh meredakan sakit tumit

4. Melakukan terapi ais dengan merendamkan kaki ke dalam air yang bercampur ais bagi meredakan sakit tumit.

5. Memilih kasut yang sesuai untuk tapak kaki.

6. Lakukan senaman regangan

7. Ambil supplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium 

Oleh itu SHAKLEE ada jalan penyelesaiannya :



So apa tunggu lagi wahai kawan-kawanku sekalian.. ramai dah berkata  
' MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT '


Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Perunding Vitamin Anda

♥ Shaklee Independent Distributor:887502
♥ Contact No : 012.494.6949 SYIDA
♥ Emel : disyamika@gmail.com
LIKE MY FanPage: LetsVitaHealth










No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016