Thursday, March 13, 2014

ADAM Turn To 7!!


Syukur Alhamdulillah atas kurniaan dari Mu Ya Rabb!! Aku akan pastikan amanah yang kau berikan ini akan ku jaga dan akan ku semai dengan benih - benih kasih sayang dan cinta seperti aku cintakan Mu dan Rasul.. Aku berjanji Ya Rabb!!

Tanggal 22.02.2014 genap umur ADAM MIKAIL 7 tahun..terasa macam jer baru keluar labour room :)..kenangan melahirkanmu akan mama ingat sampai bila-bila...mana taknya kebiasaannya kalau dah lepas bersalin di hospital semua ibu-ibu dah boleh balik rumah keesokannya tapi mama masih lagi kena tahan sehingga keesokannya..pelik..tapi inilah realiti yang terpaksa mama terima bila doktor mengesahkan darah mama tak cukup protein dan terpaksa di tahan dalam wad sehingga hari ke 5..doktor juga mengesahkan kes yang mama alami ini nisbahnya 1:1000..apapun yang berlaku mama terima sehinggalah habis berpantang mama terpaksa dibekalkan dengan jarum suntikan ( syringe ) dan terpaksa suntik diri sendiri hinggalah 44 hari...habis badan mama lebam-lebam sayang..tapi mama ok jer anak punya pasal kan...hmmm cukup la dulu setakat ini coretan untuk ADAM MIKAIL..lepas ni bersambung lagi..

Mama doakan Adam jadi anak yang soleh..dah tak mau tinggal-tinggal solat...dengar cakap babah dan taat pada sesiapa pun yang lebih tua dari Adam...

SELAMAT HARI LAHIR ADAM...

THE POWER OF ESP






Wow best sangat dengan hot produk daripada SHAKLEE ni kan...teruja saya dengan keberkesanan ESP ni..x berminat ker nak mencuba??
PM saya..saya janji saya tolong belikan untuk saya..saya sayang customer saya..

" We serve u Better"

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887502] 
 ♥ Contact No : 012-494 6949 sms / whatsapp
 ♥ Emel : disyamika@gmail.com 
 ♥ LIKE MY FanPage: Letsvitahealth 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

HERNIA @ ANGIN PASANG


Hernia adalah daripada bahasa Latin 'herniae'. Ia membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen.

Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan seperti cincin. Gangguan ini sering terjadi di kawasan abdomen dengan komponen yang keluar berupa bahagian dalaman abdomen seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Menyerang lelaki

Hernia adalah gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh lelaki. Ia 10 kali ganda lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Bagi masyarakat setempat, ia lebih sinonim sebagai angin pasang, burut atau uluran.

Benjolan pada abdomen akan mengganggu penderita bergantung kepada saiznya. Biasanya, keadaan penyakit akan bertambah teruk akibat aktiviti meneran seperti membuang air besar, batuk, bersin dengan kuat atau ketika mengangkat bebanan berat yang memberi tekanan pada rongga abdomen yang lemah.

FaktorHernia bukanlah penyakit keturunan. Ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan hernia.

Antaranya disebabkan otot dinding rongga, misalnya pada bahagian abdomen yang lemah dan dorongan yang menyebabkan tekanan di dalam rongga abdomen meningkat.

Hernia pada orang dewasa biasanya terjadi ketika usia lanjut kerana otot dinding rongga abdomen telah lemah. Sejajar dengan usia, organ dan jaringan tubuh mengalami proses kemerosotan.

Bagi wanita, kegemukan juga mungkin melemahkan otot bahagian abdomen.

Ada beberapa jenis hernia.

Hernia jenis dalaman berada dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar. Contohnya diafragmatic hernia yang terjadi akibat adanya celah di diafragma (otot pemisah antara bahagian perut dengan dada) kerana pembentukan diafragma yang tidak sempurna. Contoh lain adalah hiatal hernia esofagus, terjadi melalui celah masuknya esofagus dari rongga dada.

Selain itu, terdapat hernia jenis luaran.

Paling kerap adalah hernia inquinal' yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di daerah pusat (umbilikus).

Simptom Selain benjolan, simptom-simptom hernia seperti mual dan muntah, tiada selera makan, perut kembung dan tidak boleh membuang air besar.

Gejala lain juga boleh muncul seperti demam dan dehidrasi. Jika tidak diambil langkah sewajarnya, pembuluh darah di daerah tersebut akan mengalami iskemia (tisu yang kekurangan oksigen) lalu terjadi penimbunan toksin yang kemudian tersebar melalui pembuluh darah.

Akibatnya, kuman dan toksin berkumpul dalam darah. Keadaan ini amat serius kerana ia boleh mengancam nyawa seseorang.

Rawatan

Apabila usus mengalami gangren, ia boleh mereput dan membahayakan pesakit. Pesakit biasanya datang dengan simptom perut buncit dan kembung, bengkak pada celah paha yang tidak berkurangan, kulit bahagian terbabit kemerah-merahan dan sakit, selain muntah-muntah.

Dalam keadaan ini, pembedahan kecemasan diperlukan untuk mengeluarkan usus yang mengalami gangren. Jika pesakit datang ke hospital pada peringkat awal, besar kemungkinan usus tersebut masih boleh diselamatkan.

Terdapat dua kaedah pembedahan untuk merawat hernia iaitu secara konvensional (memerlukan torehan yang agak besar) dan juga secara teknik laparoskopik.

Pembedahan ini dilakukan dengan pesakit dibius secara keseluruhan dan proses pemulihan berlaku dengan cepat, membolehkan mereka menjalani aktiviti normal selepas dua minggu.

Melalui teknik laparoskopik, sebanyak tiga torehan kecil sepanjang lima hingga 10 milimeter akan dilakukan.

Rawatan ini memerlukan kepakaran amat tinggi. Luka yang kecil ini memungkinkan penyembuhan lebih cepat. Paling penting, risiko hernia berulang adalah amat rendah menggunakan pembedahan laparoskopik berbanding pembedahan konvensional.

Bagi pembedahan laparoskopik, pesakit mengalami kesakitan amat kurang manakala risiko jangkitan kuman juga rendah berbanding pembedahan konvensional.

Pesakit sudah boleh bergerak dari katil dalam tempoh beberapa jam selepas pembedahan dan kembali melakukan rutin harian lebih cepat.

Pesakit hernia yang selamat dibedah boleh mengalami kes berulang dalam masa beberapa bulan ke setahun.Untuk mencegahnya daripada berulang, pesakit perlu menghindari perkara-perkara yang dapat meningkatkan tekanan di dalam rongga perut.

Misalnya, berhenti merokok dan jika sukar membuang air, segera berubat dan elakkan meneran. Lakukan kerja lebih ringan dan turunkan berat badan. Jangan sesekali mengurut hernia kerana ia sangat berbahaya.

Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ berkenaan pecah, mengalami jangkitan kuman dan membawa maut.

INFO UNTUK ATKINERS

Faedah memeriksa ketosis ketika beratkins: 

Menujukkan badan kita membakar lemak sebagai tenaga bukan lagi karbohidrat
Menujukkan menu kita selama berdiet adalah halal Atkins
Membuat kita lebih fokus berdiet untuk elak kantoi kerana ketosis akan hilang
Supaya kita tenang jika berat statik kerana badan kita sedang menyusut dari segi saiz
Oleh itu, pada yang selalu stress kalau berat statik, ini merupakan salah satu cara untuk menjawab kepada masalah anda.

KETOSIS

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.

Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa. Tahukah anda bahawa ketosis juga menjadikan kulit kita semakin cantik dan berseri??




CARA MENGGUNAKAN KETOSIS STRIP

Lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Ketone Strip ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Ketone Strip yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya.(kalau nak cara paling sempoi, masa kencing tadahkan jer haha). Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Ketone Strip.


PANDUAN JADUAL KEPUTUSAN



Jadual Keputusan Keto Sticks Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

Kuning cair @warna asal (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda. 

Kuning gelap sikit / Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.

Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat /pemakanan anda adalah betul. 

Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.

Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.





Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016