Wednesday, January 21, 2015

Bekalan Oksigen Ke otak Terganggu Risiko Penyakit Strok

Tahukah anda!!!!


 
STROK ialah punca kematian KETIGA terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Ini antara sebab utama kehilangan upaya yang teruk.

Setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok termasuk kanak-kanak.

STROK ialah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah yang membawa oksigen ke otak terganggu.


JOM KENALI PULA OTAK KITA!!


Otak ialah pusat sarah tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Bekalan darah yang membawa oksigen akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien apabila saluran darah dalam otak anda pecah atau tersumbat.

Bahagian otak itu akan mula mati. Seseorang itu akan mengalami strok dengan pantas dan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria kita, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan akan terganggu.

JOM KENALI PULA GEJALA STROK
> Lemah atau kebas mengejut di sebelah bahagian badan.
> Tanda - tanda :-
   # mungkin herot pada muka
   # meleleh air liur
   # merasa lemah pada tangan atau kaki
   # kabur penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
   # kesukaran bertutur atau memahami peraturan
   # pertuturan yang tidak jelas
   # pening
   # kehilangan imbangan
   # kekeliruan
   # sakit kepala yang teruk secara mengejut
   # rasa mual atau muntah

*Sumber dari Mingguan Malaysia 11/1/2015

Ok semua dah faham kan apa itu strok? Apa itu otak? 

Suka saya nak bercerita hal ini sebab tanggal 13/12/2014 lepas keluarga kami ditimpa musibah apabila ibu tiba-tiba tidak bercakap. lantas abang ambil keputusan untuk hantar mak ke wad. Selepas ujian dibuat doktor telah mengenalpasti mak terkena strok otak ALLAHURABBI memang kami adik beradik pada mulanya tak dapat terima kenyataan tapi masing-masing perlu redha atas ketentuanNya.... 



* mak masa sedang menunggu di bilik doktor

Nantikan cerita ibu part 2

No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016