Sunday, November 17, 2013

Tips Hendak Berjaya Di Dunia dan Akhirat



Di sini suka saya untuk berkongsi tips daripada Pak Bidan bagaimana kita hendak berjaya di dunia dan akhirat :-

Jom kita hayati!!!

" Pada pendapat saya ( timbul secara spontan dari minda saya ), kalau hendak berjaya dunia dan akhirat;

1. Yakin diri, kuatkan iman, takut balasan akhirat, tinggi tahap moral, akhlak dan etika kerja tanpa rasuah. 

2. Sering mengejar untuk meningkat ilmu dan kemahiran dari berbagai sumber.

3. Rajin berkerja, sering bersyukor, jarang komplain atau muram, mudah berkerjasama dan suka membantu. Jatuh cinta dan passionate terhadap kerjanya

4. Bertabiat menyimpan, tidak boros tapi tidak bakhil. Suka bina aset/hartanah

5. Tawaduh dan merendah diri, tidak sombong, riak atau menunjuk2. Peramah dan selalu riang

6. Sikap positif dan mahu bergerak kedepan. Tidak dendam dan tidak nengungkit2

7. Bijak berjual / marketting produk atau kemahiran melalui iklan, media atau networking. Ramah dan mudah berbicara

8. Reaching to others. Tidak mengasingkan diri

9. Berbudi serta prihatin terhadap ibu bapa dan keluarga

10. Tidak mudah terpedaya dengan berbagai skim untuk cepat kaya.
Dan banyak lagi . Saya percaya anda kalian lebih arif dari saya.

SELANGKAH BERSAMA

No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016