Friday, November 8, 2013

Merancang Jantina Bayi


Ramai yang merancang untuk memiliki anak lelaki dan ada juga yang merancang untuk anak perempuan. Tetapi perlu diingat sebaik-baik perancangan Allah yang menentukan. 
Masih terdapat petua untuk memiliki apa yang kita inginkan. Jom kita kongsi apa kata  Pak Bidan???



*thankss mr google

Merancang Anak Lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah SWT anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum - XY ( anak lelaki ) - XX ( anak perempuan )
Ciri-ciri benih lelaki berbeza - benih Y lebih cergas dan laju bergerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali. Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid  seperti buah2an, limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation ) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telur. leh bersetubuh berhenti pada hari ke 10 dan bila catitan BBT menurun menunjukkan berlakunya 'ovulation', biasanya hari ke 14-15, mulakan hubungan dengan suami. Satu cara lain untuk kesan hari penetasan telur ialah dengan membuat ujian air kencing pertama pagi dengan alat ujian 'ovulation Test Kit' yang boleh di beli di farmasi. Mulakan ujian pada hari ke 10 dikira dari hari pertama mula datang haid. Bagi mereka yang pusingan haid teratur iaitu 28 - 30 hari jauhkan persetubuhan mulai hari ke 10. Bila ujian kencing positif mula bersama keesokkan hari berturut2 selama 3 hari dan selepas itu selang hari sampai hari ke 20.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas 20ml. Air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum persetubuhan. Cecair bikarbonat boleh dibeli difarmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination ) setelah air mani suami menjalani proses 'layering' atau menjalani rawatan bayi tabung uji ( IVF ) dan dipilih embyo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jka hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.




*thankss mr google

Merancang Anak Perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut:-
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air minuman bergas dan lain-lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan lepas habis haid, selang sehari sehingga hari penetasan telur isteri ( ovulation ). jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian subur.

3. Melakukan 'douching' dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Apa - apapun hanya DIA yang menentukan

Selamat Mencuba!!

Oleh itu Shaklee ada menawarkan produk yang berkaitan dengan kesuburan



Untuk dapatkan harga kebaboom segera hubungi saya :-

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 887502] 
 ♥ Contact No : 012-494 6949 
 ♥ Emel : disyamika@gmail.com 
 ♥ LIKE MY FanPage: Letsvitahealth 
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016