Dah lama tak update blog ni...memandangkan proses Atkins masih lagi berjalan seperti biasa so kat sini i nak update sikit berkenaan progress Atkinku...baru ja turun dari penimbang nah berat masih lagi maintain seperti 2 minggu lepas tiba-tiba terklik group KDA dalam facebook terus terjumpa info ni :-
"TANDA - TANDA KETOSIS
- Nafas berbau
- Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
- Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari)
- Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
- Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
- Selera makan berkurang
- Mulut kering (lebihkan minum air)
- Air liur pekat
- Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
- Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung)
jika ada SALAH SATU tanda2 diatas, bermakna anda berjaya mendapat ketosis..bermaksud penurunan berat akan berlaku.
KESAN TANDA-TANDA KETOSIS TIDAK SAMA PADA SEMUA ORANG"
oooo patut ler sejak 2 menjak ni terasa macam ada berlaku sesuatu perubahan jaa..
Baru jer lepas baca info berkenaan ketosis..nampak gayanya terdapat 3-4 kesan diatas yg terjadi dekat diri ini so just wait n see later..eeei tak sabonyerrr...ku mohon kau kabulkan permintaanku Ya Rabb!! Amiiiin..
So olls yang sedang ber atkins tu info ni sangat berguna untuk panduan u olls jugak k..
#needmorekilostoreduce
No comments:
Post a Comment