Sunday, September 15, 2013

THALASSEMIA



Penyakit Thalasemia dan Vitamin Shaklee

Thalasemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai
penyakit Thalasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan
oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit thalasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Thalasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:

1. Thalasemia minor :
Thalasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak
menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

2. Talasemia major :
Thalasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka thalasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda thalasemia.

Tanda dan gejala penyakit Thalasemia
Biasanya anak-anak pembawa Thalasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai
mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.

Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Jaundis
Tumbesaran terbantut
Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Thalasemia

1.Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
2.Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati,
jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
3.Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
4.Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Bagi seseorang yang mempunyai masalah Thalasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat
besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ
dalam badan.

Cadangan Vitamin

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron
Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Thalasemia.

Namun supplemen yang harus
diambil adalah
1.Vitamin B complex. 
Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.

2.Vitamin E 

juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.

3.Ostematrix

(lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkantenaga.

4. Energizing Soy Protein

juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga

Hubungi Saya untuk harga yang menarik
hanya untuk uollllllllsss!!

012 494 6949

No comments:

Fanpage

Recommend on Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Disyamika
Designed by UMIESUEstudio 2016